Thursday, December 07, 2006

konsep fotografi dan album

fotografi "fotojournalism"
renjisrenjis melihat suatu majlis perkahwinan sebagai satu peristiwa yang paling bermakna dan memberi erti kepada seseorang itu. Kisah cinta agung tersebut mestilah diabadikan dan direkod agar sentiasa dikenang hingga ke akhir hayat pasangan kekasih. Oleh itu, renjisrenjis mengambil konsep fotojournalism sebagai approach kami dalam mengambil foto sesuatu majlis. Fotojournalism dalam fotografi perkahwinan bermaksud mengambil foto pasangan pengantin dan majlis perkahwinan dengan maksud ingin menceritakan majlis tersebut dengan gambar-gambar tersebut. Fotographer kami akan blend dengan persekitaran untuk merakamkan perjalanan majlis. Kebanyakan gambar yang dirakam adalah secara kandid untuk menggambarkan emosi dan suasana ketika itu. Objek meliputi pasangan pengantin, keluarga terdekat, lokasi majlis, serta apa sahaja yang menarik perhatian kami. Hasilnya, apabila dibukukan dan disusun mengikut turutan, akan berjaya menghidupkan kembali suasana pengantin dan persekitaran ketika majlis berlangsung. Untuk memahami approach tersebut, silalah layari gambar-gambar majlis perkahwinan di website ini.
artwork "modern art"
Setiap gambar yang telah dirakam akan diproses di "digital darkroom" agar dapat menghasilkan kualiti yang terbaik untuk anda. renjisrenjis memberikan perhatian teliti kepada setiap satu gambar . Pada kami, detik yang dirakamkan tersebut tidak akan berulang lagi. Pada renjisrenjis, perkhidmatan kami adalah fotografi, maka itulah yang kami berikan tumpuan utama.

Kemudian, sebahagian gambar akan terus diproses oleh artis
renjisrenjis supaya lebih mena
rik lagi. Konsep yang kami gunakan ialah modern art. Artis renjisrenjis memberi jaminan bahawa album yang terhasil nanti adalah menarik dan sesuai dengan cita rasa terkini. Untuk melihat contoh, silalah layar koleksi poster dan collage album kami.
"kepuasan anda matlamat kami"

Inilah motto dan apa yang ingin kami terapkan dalam hasil kerja kami. Pihak kami akan berbincang terlebih dahulu dengan anda mengenai apa yang anda ingin rakamkan. Usaha akan kami berikan 110% untuk mencapai tujuan seperti yang telah dipersetujui.

"abadikan cerita cinta anda" bersama renjisrenjis



Untuk contoh penuh hasil kerja kami, sila click di sini


Foto storybook hardcover 8'*12 dan artwork':

Foto storybook, sticky album, dan dvd:

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home